Monday, March 14, 2011

F1..ada 5 perisa

5 Perisa berlainan


1) Sangat rendah kalori

2) Mempunyai lebih daripada 19 vitamin dan mineral yang diperlukan dalam badan. Antaranya ialah sumber protein, vitamin A, E, D, C, Tiamin, Riboflavin, Niasin, B6, Asid Folik, B12, Biotin, Kalsium, Magnesium dan lain-lain lagi.


3) Sangat mengenyangkan dan merupakan sumber tenaga penting; yang boleh menggantikan makanan harian kita


4) Sangat kaya dengan sumber fibre


5) Paling penting, sangat sedap dan tidak menjemukan! Terdapat 5 perisa berlainan yang sangat sedap iaitu Dutch Chocolate, Cappuchino, Strawberi, Vanilla dan juga Tropical Fruit.


Tropical Fruit Shake dicampur buah peach!
Mahu lebih sedap? Apa kata cuba mencampurkan F1 anda dengan buah-buahan segar? Lebih lazat dan pastinya lebih berkhasiat!

Dikisar bagi mendapat shake yang lebih lazat, dicampur bersama buah segar

F1 Strawberi dicampur dengan buah naga (dragon fruit). Pastinya lazat!

awak suka makanan ini??

Sedarkah kita bahawa sebahagian besar makanan seharian kita terdiri daripada makanan yang diproses? Bagi sesetengah dari kita, makan makanan yang diproses bukanlah suatu perkara yang besar dan perlu dirisaukan. Jika ini tanggapan kita, maka kita sebenarnya telah merendah-rendahkah kesannya makanan yang diproses terhadap kesihatan kita.


sumber: google
Salah satu kesannya mengamalkan makanan yang diproses ialah ia menyebabkan badan kita lebih berasa lapar dan cenderung untuk makan dengan lebih banyak. Ini adalah kerana kebiasaannya, makanan jenis ini mengandungi kandungan gula dan garam yang terlalu tinggi serta kurang nutrisi. Sel-sel dalam badan kita makin hari mulai kusam dan kurang berfungsi untuk menyerap nutrisi dalam makanan. Ini seterusnya mengakibatkan badan cepat berasa letih dan tidak bermaya akibat kurangnya nutrisi yang masuk ke dalam badan kita.

Selain daripada harganya yang lebih tinggi berbanding makanan segar, makanan yang diproses biasanya mengandungi kandungan kimia yang agak tinggi dan boleh membahayakan sekiranya diambil secara berlebihan. Apatah lagi, kandungan kimia juga amat penting bagi memastikan makanan proses tersebut mampu bertahan lebih lama apabila dijual di pasaran.

" Apa salahnya makanan yang diproses? Pilih sahajalah yang sesuai dan elok sedikit. Contohnya macam kurang lemak ke? 0% kolesterol ke? Ok kan dan tiada apa nak dirisaukan pun"

Kebanyakan makanan jenis ini mempunyai pakej luar yang menjanjikan pelbagai jenis kebaikan bagi menarik perhatian pengguna seperti kita. Sebagai contohnya; kurang manis, kurang lemak, kurang kolesterol dan sebagainya. Namun kita sebagai pengguna harus lebih berhati-hati dalam memilih. Ini adalah kerana mungkin terdapat sedikit kekeliruan dalam pakej makanan yang dijual. Misalnya, sejenis santan kotak yang dilabelkan sebagai kurang lemak. Jika kita menyemak kandungan nutrisinya, memang tertera peratusan lemaknya kurang. Akan tetapi bagaimana pula dengan kandungan garam dan gula dalam makanan tersebut. Kebiasaannya kandungan kedua-dua jenis bahan ini adalah lebih tinggi daripada biasa untuk mengimbangi kandungan bahan di dalamnya serta bagi memastikan rasa produk tersebut masih sedap dan diterima di pasaran.

Ayuh, bijak memilih dan menjaga pemakanan kita dari awal bagi menjamin kesihatan di masa depan insyaAllah.

soya

Dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal lengkap, set lengkap 3 produk herbalife sangat membantu. Salah satu daripadanya ialah F3 Blended Soy & Whey Protein Powder. Tetapi, apa pentingnya mengambil F3 ini, khasiatnya dan bolehkah kita menurunkan berat badan tanpa mengambil F3?


Untuk mengetahui samada perlu atau tidak kita mengambil F3 Blended Soy & Whey Protein Powder ini, haruslah kita mengetahui nutrisi yang terkandung di dalamnya serta khasiatnya dalam pengurusan berat badan kita.

Khasiat F3

Membantu menghalang / mengurangi rasa lapar


- Apabila diambil satu sudu (kandungannya hanya 5g protein + 0g lemak + 0g karbohidrat dan tanpa kandungan gula, garam dan lain-lain) bersama-sama dengan 3 sudu Formula 1 Nutritious Shake herbalife, dapat menimbulkan rasa kenyang yang lebih lama, dan seterusnya membantu menurunkan berat badan. Yeay! =)



Mempercepatkan shaping!! lagi2 bahagian perut...

agak2 korang cukup nutrisi x??

Setiap makanan yang kita makan mengandungi kandungan nutrisinya yang tersendiri. Dan setiap nutrisi ini mempunyai khasiat dan keperluannya yang tersendiri dalam membantu pertumbuhan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.

Seperti piramid makanan yang pernah kita pelajari suatu ketika dahulu semasa zaman persekolahan, badan memerlukan khasiat dan nutrisi seimbang bagi mendapatkan kesihatan yang paling optimum. Antara nutrisi yang diperlukan ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan sebagainya.


1) Karbohidrat
Ini merupakan sumber utama makanan pemberi tenaga, yang mana kebiasaannya terdapat dalam makanan jenis mi, nasi, roti dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis karbohidrat seperti gula, fiber dan starch. Starch merupakan sejenis karbohidrat yang paling kompleks, tetapi sangat baik buat manusia kerana kandungan nutrisinya yang tinggi berbanding gula, yang kurang kandungan nutrisinya. Pakar juga menasihati agar karbohidrat jenis gula ini patut dikurangkan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit jika diambil berlebihan.

Fiber yang juga dipanggil celullose, pula penting dalam proses pencernaan. Karbohidrat jenis ini tidak digunakan oleh badan kerana tidak menyumbang kepada pemberi tenaga buat manusia.




2) Protein
Unsur jenis ini penting dalam proses pertumbuhan terutamanya dalam sel dan tisu organ. Protein juga penting sebagai pemberi tenaga sekiranya badan kita kekurangan karbohidrat dan lemak. Zat yang terkandung dalam protein ialah asid amino. Badan kita berupaya untuk membina banyak asid amino kecuali 8 jenis asid amino yang mana perlu diperolehi daripada makanan yang kita makan. 

Contoh makanan yang mengandungi 8 asid amino ini dikenali sebagai protein lengkap ialah daging, ikan, telur dan juga daripada hasil tenusu. Protein yang tidak lengkap pula adalah seperti kekacang, bijiran dan sebagainya.



3) Lemak
Lemak penting sebagai pemberi tenaga dalam bentuk yang sangat tepu, yang mana hanya ditukarkan sebagai tenaga selepas karbohidrat, seperti jurnal sebelum ini.

4) Vitamin
Vitamin juga terdapat dalam makanan tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Walaupun unsur jenis ini tidak menyumbang dalam pemberi tenaga buat kita, tetapi ia penting untuk tenaga dapat digunakan sebaiknya oleh tubuh badan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kita dijangkiti penyakit yang dikenali sebagai deficiency diseases. Sebab itulah kebanyakan dari kita mengambil vitamin C dan B kompleks setiap hari.

Terdapat dua jenis vitamin iaitu fat-soluble dan water soluble. Beza antara keduanya ialah vitamin jenis water-soluble perlu diambil hari-hari kerana tidak disimpan dalam tubuh badan kita. Contohnya ialah vitamin B dan C. Berbanding fat-soluble vitamins seperti Vitamin A, D, E dan K, boleh disimpan dalam badan. Jadi kita tidak perlu ambil vitamin jenis ini hari-hari asalkan kandungannya cukup dalam badan dalam suatu tempoh masa.

5) Mineral
Contoh mineral yang diperlukan oleh badan ialah kalsium, zat besi, fosforus, iodin, potasium dan sodium. Kesemuanya diperlukan dalam membantu organ-organ tertentu untuk berfungsi dengan lebih baik dan sempurna. 

Oleh sebab itu, makanan harian seharusnya mengandungi kesemua jenis nutrisi ini untuk mendapat kesihatan yang lebih sempurna. 
Namun, adakah makanan kita lengkap dengan kesemuanya???


x makan nasi untuk diet??

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya ialah diet tak makan nasi. Benarkah dengan tidak mengambil nasi langsung mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan yang paling penting, sihatkah diet sebegini?

Pertama sekali yang perlu kita ketahui ialah nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sudah menjadi makanan asasi buat manusia terutamanya di Malaysia. Karbohidrat sangat penting sebagai salah satu sumber nutrisi dalam tumbesaran dan sumber tenaga seharian. Jika salah satu sumber penting seperti karbohidrat kurang dititikberatkan, maka badan mulai lesu dan lemah serta mengakibatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah.


Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet sebegini juga kurang sihat kerana terlebih satu jenis nutrisi sahaja iaitu sumber protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang bakal terbeban dan mulai mengakibatkan penyakit seperti batu karang.

Ternyata diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.

Anda mahu tahu tips untuk kurus secara sihat dan paling berkesan?

1) Kurangkan pengambilan kalori seharian 
Perlu awasi kalori yang masuk ke dalam badan setiap hari. Ya, memang sukar untuk tahu berapakah kadar kalori makanan tengahari kita harini. Tapi, cara paling mudah dalam menganggarkan kalori ialah melihat kepada nisbah makanan atau portion makanan kita. 

Sebagai contoh, nasi berlauk perlulah dianggarkan iaitu 1/4 pinggan ialah nasi, 1/4 pinggan lauk dan selebihnya ialah sayur-sayuran. Dengan cara ini, kandungan kalori yang diambil dapat diawasi dengan tidak mengabaikan kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

Perlu juga diingatkan bahawa, kalori yang diambil terlalu sedikit dalam sehari juga kurang bijak. Secara purata, kalori yang perlu oleh seorang lelaki ialah 2000-2200kcal dan seorang wanita ialah 1800kcal. Sekiranya kita mengambil kurang daripada itu, boleh mengakibatkan kadar metabolisma juga menjadi rendah dan menyukarkan proses penurunan berat badan.



2) Mengamalkan cara hidup sihat dan rajin bersenam / aktiviti luar
Bagi mereka yang sukar mengawal pengambilan makanan hari-hari, boleh mengamalkan cara hidup yang seimbang. Rajinkan diri untuk bersenam atau melakukan aktiviti luar yang mampu membakar lemak atau kalori yang diambil. Berjalan kaki, berjogging mahupun naik dan turun tangga dengan kerap boleh membantu dalam pembakaran kalori yang berlebihan.

Selain itu, pemakanan seimbang yang cukup nutrisi dan zat serta amalan lain seperti tidak merokok atau tidak mengambil minuman alkohol juga boleh membantu dalam diet kurus anda. Hati dan hidup yang tenang tanpa stress boleh melapangkan fikiran dan mampu mengelakkan makan dengan banyak terutamanya sesama stress.

3) Makan apabila tiba waktunya
Latih diri untuk makan pada waktunya tanpa mengelak walau suatu masa sekalipun. Ini adalah kerana sekiranya kita cuba mengelakkan daripada bersarapan, badan mulai kurang lesu dan tidak bermaya dan badan akan cenderung untuk lebih banyak makan pada waktu tengahari. Akibatnya, kadar kalori yang masuk juga kadangkala lebih daripada dua waktu makan seperti biasa. 

Selain itu, kadar metabolisma juga boleh menurun dengan cara diet sebegini.



4) Banyakkan minum air!
Minum air dengan lebih kerap terutamanya dalam waktu pertengahan antara dua waktu makan (in between meals). Ini adalah kerana badan yang memberi signal rasa lapar sewaktu ini biasanya bukanlah rasa lapar untuk makan, sebaliknya badan memberi signal untuk dapatkan lebih air.

Sukar untuk mengawal pengambilan kalori?

Mudah sahaja. Hubungi saya untuk mencuba dan dapatkan set nutrisi sihat Herbalife sekarang! Kandungan nutrisi yang tinggi dan berkalori rendah sesuai untuk mereka yang ingin kurus secara sihat. Hubungi saya sekarang! 0137580103

Tuesday, March 8, 2011

Saka Keturunan...

Saka ni agak popular kan???
                                            * ni pilih pic yg x takut sebab aq ni penakut*

k nk story kesah benar yg berlaku kt diri Miss.A.Masa kecik,ibu Miss.A kata mata Miss. A nampak hantu. ketika dye Berusia 5 bulan Miss.A kena BADI MAYAT berlaku ketika ibu Miss.A gi kenduri arwah sedara kat segamat..Masa berusia 14 thun,IBU,Miss A n atoknya gi Sungai petani Nak gi berubat...kenapa dah 14 tahun berlaku baru nk berubat????? jeng..jeng..jeng....

Perlu berubat kerana x tahan mimpi bukan2...Miss.A selalu mimpi Hantu...kadang2 terdengar kt telinga ada org cakap"buka lah hati..Aq nk masuk"...sape yang x takut kalu kena cam tu??? Jb ke Kedah punya lah jauh semata-mata nk cari seorg ustaz yg pandai ubat mengubat nie...ketika sesi buang hantu..nenek kat kampung jadi takut kerana dengar macam2 bunyi pelik..myb BENDA tu mengamuk kot..NENeknya CAKAP DENGAR ORG BERDENGKUR DIBILIK TENGAH...Ustaz yg MissA berubat tu cakap itu tandanya SYAITAN MATI..bersyukur sangat Miss.A dah pulih x de yang ganggu tidonya lagi..

KORANG INGAT SYAITAN TU DAH MATI KER????OH TIDAK..SYAITAN KAN BANYAK CUCU CICIT DAH BERDERET!!!!

Masa Miss.A dah dok HOSTEL ketika berusia 18 tahun..mimpi yng lebih dahsyat muncul..Tiap kali kol 3 pagi Miss.A mesti terbangun seperti org panggilnya bangun...pada 1 malam..Roomatenya x de..hari minggu roomatenya balik rumah wktu tu Miss,A tito sorang2...kol4 Pagi..Miss.A dgar lagi suara...""bukalah hati,AQ nk masuk!!!""" tapi kali ni Miss.A mimpi moyangnya yg berumur 86 tahun tu panggil dye...PERH!!!!! setahu aQ,MOYANG MISS.A X BOLEH BERCAKAP...!!!! MIMPI MELIBAT KAN ROH..ROH TU NK MASUK KAT BADAN MISS.A...THeN MISS.A CALL MEMBENYE YG TAW TENTANG AGAMA..alhamdulilah..x de benda buruk berlaku ketika itu...

Balik johor Miss.A cerita kat atoknya..TOK KASI air yasin n nasihat jgn tito sorang2 kt bilik...sebab SYAITAN TU SENANG GANGGU ORG YG TITO SORG2 DAN DOK BILIK YG GELAB!!!

NASIHAT:JGN TITO SORG2!!!!  sejak hari itu...MISS.A menjadi seorg yg takut dengan keadaan yg gelab.


SAKA ( KETURUNAN )
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga sudah menjadi sebati dengan manusia itu. Ini berlaku samada seseorang itu tahu atau tidak, kerana ia datang dari keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari oleh nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya yang dia kehendaki.
Dari itu memang sukar menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah dianggap saka. Ia tetap akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu walaupun sudah beberapa kali diberi amaran atau bersumpah di atas nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang lagi.
Namun begitu, dibawah ini ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam tubuh seseorang itu, tetapi ia memakan masa yang lama mungkin makan bulan malah tahun.
Caranya ialah ambil tempat (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air tersebut dengan surah-surah dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air ini digunakan sebagai minuman harian. Apabila kamu minum air yang dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia akan menjadi darah daging kamu. Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah jemu, sudah dikatakan proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin Allah…… Jin (saka) yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan kepanasan lalu terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah kamu minum air tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh anggota kamu akan menjadi pija (panas) terutama di bahagin tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya jin tersebut. Ini menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah s.w.t. telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya…..
                                             * ni contoh filem hantu berkaitan SAKA*

 
                        *waktu malam.,,hantu suka berkeliaran*

Saturday, March 5, 2011

KAU NK GEMOK????

Tips untuk naikkan berat badan



  • Ambil kalori lebih tinggi dari pembakarannya. Pilih makanan yang sihat dan yang berkalori tinggi. Biasanya kalori tinggi ni adalah makanan tak berkhasiat, jadi kena pandai pilih
  • Makanan yang kaya dengan nutrisi. Jangan pandang enteng benda ni, perkara asas yang tersangat penting adalah kunci untuk tambah berat badan. Nutrisi yang banyak ni boleh didapati pada buah-buahn dan sayur-sayuran. 
  • Makan dengan kerap. 5-6 kali sehari. 3 kali makan berat dan 3 kali lagi makanan ringan/snek. Konsep sama, pilih makanan berkhasiat. Jangan bagi perut kosong selama 3 jam, makan je, jangan berkira sangat, kata nak naikkan berat badan!
  • Exercie dengan kerap. Ha, ni satu lagi mitos - nak gain weight tak payah exercise. TAK BETUL! Sepatutnya, nak gain weight, naik lose weight even nak maintain weight semua kena exercise. Bagi yang nak gain weight, kita tak nak gain fat, tapi nak gain muscle. Macam mana nak build up muscle kalau tak buat exercise?


  • Protein - muscle atau otot terbina melalui acid amino. sumber acid amino adalah protein. Jadi, jangan segan silu untuk tambahkan sebanyak mungkin protein dalam pemakanan.  
  • Jaga sistem pencernaan. Digestion yang tak betul ni punca kenapa kebanyakan gagal untuk naikkan berat badan. Makan - keluar - makan - keluar. Ni istilah kampung la, tapi memang benda ni berlaku disebabkan oleh sistem pencernaan yang 'tak effective


 Aha, dah nampak berisi sikit dah. korang tengok lengan gambar kat atas sekali dengan lengan yang ni, kan dah ada isi tu. Heh, memang menjadilah orang kata. Dulu kerangka tulang  tapi sekarang ni, tengkuk tu dah berisi sikit dah. ahaa, inilah keajaiban Herbalife! Ajaib ke? takde ajaibnya. Herbalife ni SIMPLE - korang makan je macam biasa + top up dengan Herbalife, FUN - ada orang encourage untuk naikkan berat badan dan MAGIC - naiklah berat badan =)






                                                    Victor gained 8kg in 3 months!





 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates