Tuesday, December 28, 2010

Pertama kali guna??


Cara Memakai Kanta Sentuh

  •  Basuh tangan setiap kali sebelum mengendalikan kanta sentuh.
  • Cuci kanta terlebih dahulu menggunakan larutan pencuci dan bilas meng-gunakan larutan saline. Mulakan pemakaian dengan mata kanan.
  • Letak kanta sentuh di hujung jari telunjuk untuk memastikan orientasi kanta sentuh adalah betul dan tidak terbalik. 





  • Tarik kelopak mata atas dengan jari tengah tangan yang tidak memegang kanta sentuh dan tarik kelopak mata bawah dengan jari tengah tangan yang memegang kanta sentuh.

  •   Pandang ke cermin dan masukkan kanta sentuh ke dalam mata.









  •  Lihat ke bawah dan lepaskan kelopak mata anda secara perlahan-lahan.


NOTA;Bagi pemakai kanta sentuh kali pertama, anda dinasihatkan memakai kanta sentuh selama 4 jam pada hah pertama. Selepas itu tempoh pemakaian di tambah selama 2 jam untuk setiap hahi yang berikut iaitu 6 jam, 8 jam dan 10 jam. Tempoh pemakaian maksimum adalah 10 jam sehari.

diambil daripada  "Panduan Memakai Kanta sentuh" keluaran Persatiam Optometirst - Optometrist Malaysia








Siapa yang tidak patut memakainya?
  • Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea, jika pemakaian kanta lekap berkenaan ialah untuk tujuan hiasan atau kosmetik.
  • Individu yang menghidap konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman virus, bakteria dan kulat yang berulang-ulang, mata lambat berkelip atau tidak dapat berkelip dengan sempurna.
  • Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak mencukupi atau tidak normal.
  • Pesakit diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates