Saturday, January 8, 2011

Obesiti



Berikut adalah faktor utama penyebab obesiti :

1.Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai perkaitan langsung dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes, kemungkinan besar untuk individu tersebut akan mewarisi obesitinya.

2.Gaya hidup - Salah satu faktor yang lebih kuat ialah gaya hidup. Ibu bapa yang obes akan menurunkan gaya pemakanan yang tidak sihat itu kepada anak mereka. Contohnya jika pemakanan harian sesebuah keluarga itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.

3.Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.

4.Kurang aktiviti senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kadar aktiviti yang kurang. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih mudah untuk mendapat obesiti. Di dalam keadaan yang serba selesa pada masa kini juga boleh menyebabkan obesiti.

5. Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat tertentu boleh menyebabkan obesiti.

Kesan

Kaitan Obesiti dengan penyakit :


• Sistem jantung - tekanan darah tinggi, sakit jantung koronari dan salur darah tersumbat 
• Sistem perkumuhan - cirit-birit dan lemak di bahagian hati 
• Sistem pernafasan - kesukaran bernafas dan tidur berdengkur/ apnea tidur
 • Perempuan mengandung - masalah ketika bersalin
 • Bahagian dada - kanser payudara 
• Bahagian pembiakan wanita - kanser pangkal rahim 
• Bahagian kulit - jangkitan bakteria dan kulat 
• Bahagian saraf. - tekanan mental, rasa rendah diri dan strok.

Pencegahan

Mengawal dan menurunkan berat badan bagi orang yang obes dapat mengurangkan risiko penyakit seperti di atas. Walaubagaimanapun, jika pengurangan berat badan yang tidak secara betul, ia menjejaskan kesihatan. Ikuti nasihat berikut semasa anda mencuba mengurangkan berat badan : • Jangan jadikan diri anda terlalu kurus.
• Jangan memakan makanan diet yang tidak diketahui mutu pemakanannya yang dijual di pasaran tanpa nasihat doktor.
 • Jangan memakan dadah (pil diet) tanpa pengawasan doktor. 
• Jangan menguruskan badan secara tiba-tiba. berat maksimum yang boleh dikurangkan ialah 2 kg pada minggu pertama dan 1 kg pada minggu berikutnya


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates