Monday, March 14, 2011

agak2 korang cukup nutrisi x??

Setiap makanan yang kita makan mengandungi kandungan nutrisinya yang tersendiri. Dan setiap nutrisi ini mempunyai khasiat dan keperluannya yang tersendiri dalam membantu pertumbuhan dan fungsinya kepada tubuh badan manusia.

Seperti piramid makanan yang pernah kita pelajari suatu ketika dahulu semasa zaman persekolahan, badan memerlukan khasiat dan nutrisi seimbang bagi mendapatkan kesihatan yang paling optimum. Antara nutrisi yang diperlukan ialah karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan sebagainya.


1) Karbohidrat
Ini merupakan sumber utama makanan pemberi tenaga, yang mana kebiasaannya terdapat dalam makanan jenis mi, nasi, roti dan lain-lain. Terdapat pelbagai jenis karbohidrat seperti gula, fiber dan starch. Starch merupakan sejenis karbohidrat yang paling kompleks, tetapi sangat baik buat manusia kerana kandungan nutrisinya yang tinggi berbanding gula, yang kurang kandungan nutrisinya. Pakar juga menasihati agar karbohidrat jenis gula ini patut dikurangkan kerana ini boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit jika diambil berlebihan.

Fiber yang juga dipanggil celullose, pula penting dalam proses pencernaan. Karbohidrat jenis ini tidak digunakan oleh badan kerana tidak menyumbang kepada pemberi tenaga buat manusia.




2) Protein
Unsur jenis ini penting dalam proses pertumbuhan terutamanya dalam sel dan tisu organ. Protein juga penting sebagai pemberi tenaga sekiranya badan kita kekurangan karbohidrat dan lemak. Zat yang terkandung dalam protein ialah asid amino. Badan kita berupaya untuk membina banyak asid amino kecuali 8 jenis asid amino yang mana perlu diperolehi daripada makanan yang kita makan. 

Contoh makanan yang mengandungi 8 asid amino ini dikenali sebagai protein lengkap ialah daging, ikan, telur dan juga daripada hasil tenusu. Protein yang tidak lengkap pula adalah seperti kekacang, bijiran dan sebagainya.



3) Lemak
Lemak penting sebagai pemberi tenaga dalam bentuk yang sangat tepu, yang mana hanya ditukarkan sebagai tenaga selepas karbohidrat, seperti jurnal sebelum ini.

4) Vitamin
Vitamin juga terdapat dalam makanan tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Walaupun unsur jenis ini tidak menyumbang dalam pemberi tenaga buat kita, tetapi ia penting untuk tenaga dapat digunakan sebaiknya oleh tubuh badan. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan kita dijangkiti penyakit yang dikenali sebagai deficiency diseases. Sebab itulah kebanyakan dari kita mengambil vitamin C dan B kompleks setiap hari.

Terdapat dua jenis vitamin iaitu fat-soluble dan water soluble. Beza antara keduanya ialah vitamin jenis water-soluble perlu diambil hari-hari kerana tidak disimpan dalam tubuh badan kita. Contohnya ialah vitamin B dan C. Berbanding fat-soluble vitamins seperti Vitamin A, D, E dan K, boleh disimpan dalam badan. Jadi kita tidak perlu ambil vitamin jenis ini hari-hari asalkan kandungannya cukup dalam badan dalam suatu tempoh masa.

5) Mineral
Contoh mineral yang diperlukan oleh badan ialah kalsium, zat besi, fosforus, iodin, potasium dan sodium. Kesemuanya diperlukan dalam membantu organ-organ tertentu untuk berfungsi dengan lebih baik dan sempurna. 

Oleh sebab itu, makanan harian seharusnya mengandungi kesemua jenis nutrisi ini untuk mendapat kesihatan yang lebih sempurna. 
Namun, adakah makanan kita lengkap dengan kesemuanya???


0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates