Monday, March 14, 2011

awak suka makanan ini??

Sedarkah kita bahawa sebahagian besar makanan seharian kita terdiri daripada makanan yang diproses? Bagi sesetengah dari kita, makan makanan yang diproses bukanlah suatu perkara yang besar dan perlu dirisaukan. Jika ini tanggapan kita, maka kita sebenarnya telah merendah-rendahkah kesannya makanan yang diproses terhadap kesihatan kita.


sumber: google
Salah satu kesannya mengamalkan makanan yang diproses ialah ia menyebabkan badan kita lebih berasa lapar dan cenderung untuk makan dengan lebih banyak. Ini adalah kerana kebiasaannya, makanan jenis ini mengandungi kandungan gula dan garam yang terlalu tinggi serta kurang nutrisi. Sel-sel dalam badan kita makin hari mulai kusam dan kurang berfungsi untuk menyerap nutrisi dalam makanan. Ini seterusnya mengakibatkan badan cepat berasa letih dan tidak bermaya akibat kurangnya nutrisi yang masuk ke dalam badan kita.

Selain daripada harganya yang lebih tinggi berbanding makanan segar, makanan yang diproses biasanya mengandungi kandungan kimia yang agak tinggi dan boleh membahayakan sekiranya diambil secara berlebihan. Apatah lagi, kandungan kimia juga amat penting bagi memastikan makanan proses tersebut mampu bertahan lebih lama apabila dijual di pasaran.

" Apa salahnya makanan yang diproses? Pilih sahajalah yang sesuai dan elok sedikit. Contohnya macam kurang lemak ke? 0% kolesterol ke? Ok kan dan tiada apa nak dirisaukan pun"

Kebanyakan makanan jenis ini mempunyai pakej luar yang menjanjikan pelbagai jenis kebaikan bagi menarik perhatian pengguna seperti kita. Sebagai contohnya; kurang manis, kurang lemak, kurang kolesterol dan sebagainya. Namun kita sebagai pengguna harus lebih berhati-hati dalam memilih. Ini adalah kerana mungkin terdapat sedikit kekeliruan dalam pakej makanan yang dijual. Misalnya, sejenis santan kotak yang dilabelkan sebagai kurang lemak. Jika kita menyemak kandungan nutrisinya, memang tertera peratusan lemaknya kurang. Akan tetapi bagaimana pula dengan kandungan garam dan gula dalam makanan tersebut. Kebiasaannya kandungan kedua-dua jenis bahan ini adalah lebih tinggi daripada biasa untuk mengimbangi kandungan bahan di dalamnya serta bagi memastikan rasa produk tersebut masih sedap dan diterima di pasaran.

Ayuh, bijak memilih dan menjaga pemakanan kita dari awal bagi menjamin kesihatan di masa depan insyaAllah.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates