Monday, March 14, 2011

x makan nasi untuk diet??

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend sekarang untuk wanita atau lelaki yang ingin kurus, mengelakkan makan nasi. Atau bahasa mudahnya ialah diet tak makan nasi. Benarkah dengan tidak mengambil nasi langsung mampu membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat dan yang paling penting, sihatkah diet sebegini?

Pertama sekali yang perlu kita ketahui ialah nasi merupakan salah satu sumber karbohidrat yang sudah menjadi makanan asasi buat manusia terutamanya di Malaysia. Karbohidrat sangat penting sebagai salah satu sumber nutrisi dalam tumbesaran dan sumber tenaga seharian. Jika salah satu sumber penting seperti karbohidrat kurang dititikberatkan, maka badan mulai lesu dan lemah serta mengakibatkan kadar metabolisme badan menjadi rendah.


Salah satu cara diet tidak makan nasi ialah dengan melebihkan makan lauk. Lauk sahaja dan penuh pinggan tanpa nasi. Diet sebegini juga kurang sihat kerana terlebih satu jenis nutrisi sahaja iaitu sumber protein, yang mana tabiat makanan sebegini boleh mengakibatkan kandungan garam dalam badan berlebihan. Organ dalaman kita yang berfungsi untuk pembuangan protein berlebihan dalam badan adalah buah pinggang. Kesannya, buah pinggang kemungkinan tidak dapat berfungsi dengan baik dan sempurna akibat kadar protein yang berlebihan. Buah pinggang bakal terbeban dan mulai mengakibatkan penyakit seperti batu karang.

Ternyata diet tidak makan nasi ini kurang bijak dan tidak sihat.

Anda mahu tahu tips untuk kurus secara sihat dan paling berkesan?

1) Kurangkan pengambilan kalori seharian 
Perlu awasi kalori yang masuk ke dalam badan setiap hari. Ya, memang sukar untuk tahu berapakah kadar kalori makanan tengahari kita harini. Tapi, cara paling mudah dalam menganggarkan kalori ialah melihat kepada nisbah makanan atau portion makanan kita. 

Sebagai contoh, nasi berlauk perlulah dianggarkan iaitu 1/4 pinggan ialah nasi, 1/4 pinggan lauk dan selebihnya ialah sayur-sayuran. Dengan cara ini, kandungan kalori yang diambil dapat diawasi dengan tidak mengabaikan kandungan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita.

Perlu juga diingatkan bahawa, kalori yang diambil terlalu sedikit dalam sehari juga kurang bijak. Secara purata, kalori yang perlu oleh seorang lelaki ialah 2000-2200kcal dan seorang wanita ialah 1800kcal. Sekiranya kita mengambil kurang daripada itu, boleh mengakibatkan kadar metabolisma juga menjadi rendah dan menyukarkan proses penurunan berat badan.



2) Mengamalkan cara hidup sihat dan rajin bersenam / aktiviti luar
Bagi mereka yang sukar mengawal pengambilan makanan hari-hari, boleh mengamalkan cara hidup yang seimbang. Rajinkan diri untuk bersenam atau melakukan aktiviti luar yang mampu membakar lemak atau kalori yang diambil. Berjalan kaki, berjogging mahupun naik dan turun tangga dengan kerap boleh membantu dalam pembakaran kalori yang berlebihan.

Selain itu, pemakanan seimbang yang cukup nutrisi dan zat serta amalan lain seperti tidak merokok atau tidak mengambil minuman alkohol juga boleh membantu dalam diet kurus anda. Hati dan hidup yang tenang tanpa stress boleh melapangkan fikiran dan mampu mengelakkan makan dengan banyak terutamanya sesama stress.

3) Makan apabila tiba waktunya
Latih diri untuk makan pada waktunya tanpa mengelak walau suatu masa sekalipun. Ini adalah kerana sekiranya kita cuba mengelakkan daripada bersarapan, badan mulai kurang lesu dan tidak bermaya dan badan akan cenderung untuk lebih banyak makan pada waktu tengahari. Akibatnya, kadar kalori yang masuk juga kadangkala lebih daripada dua waktu makan seperti biasa. 

Selain itu, kadar metabolisma juga boleh menurun dengan cara diet sebegini.



4) Banyakkan minum air!
Minum air dengan lebih kerap terutamanya dalam waktu pertengahan antara dua waktu makan (in between meals). Ini adalah kerana badan yang memberi signal rasa lapar sewaktu ini biasanya bukanlah rasa lapar untuk makan, sebaliknya badan memberi signal untuk dapatkan lebih air.

Sukar untuk mengawal pengambilan kalori?

Mudah sahaja. Hubungi saya untuk mencuba dan dapatkan set nutrisi sihat Herbalife sekarang! Kandungan nutrisi yang tinggi dan berkalori rendah sesuai untuk mereka yang ingin kurus secara sihat. Hubungi saya sekarang! 0137580103

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates