Jangan merokok– kajian yang dijalankan oleh pakar membuktikan bahawa menghisap rokok sesudah makan adalah bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok (peluang untuk mendapat barah kanser adalah lebih tinggi… ingat tuh!)
Jangan terus makan buah-buahan – Memakan buah-buahan sebaik sahaja selepas makan akan menyebabkan perut kembung kerana masuk angin. Oleh itu, makanlah buah-buahan 1- 2 jam selepas sesuatu hidangan atau 1 jam
Jangan mandi – Terus mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan, kaki dan badan, justeru jumlah darah di sekeliling perut akan menurun. Ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam perut anda. Satu lagi, mak bapak kita selalu pesan kalau mandi lepas makan, perut buncit… :-D .. So, baik you all ikut jer nasihat nie..:)
Jangan berjalan-jalan – Ada pepatah Inggeris yang berbunyi “Walk a hundred steps after a meal, then you’ll live till 99″…:-) Hakikatnya, ini tidak benar. Actually, berjalan akan menyebabkan sistem penghadaman tidak berupaya untuk menyerap nutrien daripada makanan yang dimakan. Seelok-eloknya tunggu lebih kurang setengah jam atau sejam selepas makan, barulah anda boleh gi berjalan-jalan…
Jangan terus tidur – Biasanya lepas makan hidangan yang berat seperti nasi, badan kita akan jadi sangat malas dan lemah. Kalau ikutkan hati, best nyer dapat tido terus…huhu.. Tetapi anda kena lawan perasaan malas tue kerana makanan yang dimakan tidak akan dapat dihadam dengan sempurna kalau kita terus tido. Ini akan membawa kepada keadaan gastrik dan jangkitan di dalam usus kita. Kita juga mungkin mudah mendapat ‘heart burn’ atau pedih ulu hati
0 comments:
Post a Comment