Bersenam merupakan salah satu cara untuk menguruskan badan dan meningkatkan kesihatan. Bersenam dapat memecahkan lemak yg dah diternak berzaman2 lamanya..=) tp ada yg bersenam dia x kurus pun...cam ne leh jd cam tu yek??? k baca bawah nie...
Bersenam dengan perut kosong
mustahil untuk tubuh anda membakar lemak dengan baik. Ini adalah kerana karbohidrat diperlukan ketika proses pembakaran lemak. Sekiranya tiada bekalan karbohidrat , otot anda akan bekerja sendiri ketika proses tersebut, dan akan menyebabkan kerosakan pada otot.
Tidak memanaskan badan
Tidak konsisten
Untuk mendapatkan sesuatu hasil daripada senaman yang dilakukan, ia perlu dilakukan dengan konsisten. Ramai yang menganggap senaman boleh dilakukan apabila dirasakan perlu sahaja, sedangkan ia memerlukan penjadualan yang khas untuk anda melakukannya.
Tidak menjaga pemakanan
Ada pendapat mengatakan bahawa apabila anda sudah melakukan senaman, anda bebas untuk memakan apa sahaja. Ia sememangnya tidak benar. Penjagaan pemakanan adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan bentuk tubuh badan anda.ada yg lepas senam pi melantak burger n minum milo malam2...err..memang x lah korg nk kurus k..=P
Tidak dilakukan secara berperingkat
Senaman adalah merupakan suatu proses dan anda tidak boleh memaksa otot anda daripada melakukan suatu yang diluar kemampuan secara mengejut. Lakukannya secara berperingkat dan cuba untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa.berjalan laju dahulu bru start joging...mengelakkan jantung anda terkejut...=)
pasni kalu anda timbang tp penimbang tu x bergerak or berat anda bertambah...jgn salah kan penimbang or cakap penimbang tu tipu...itu sebenarnya salah anda..bersenam berjam2...tp x ikut cara bersenam n diet yg betul..kesian....


11:50 PM
shenorieka
Posted in: 



0 comments:
Post a Comment