Friday, March 23, 2012

rahsia diet yang efektif

Perkara yang perlu dihindari dalam diet seharian
1. Berlapar
Makan banyak oleh menambah berat badan. Jadi ramai yang berusaha menahan lapar malah ada yang tidak makan. Sebenarnya cara ini salah, apabila anda berlapar, ia akan menurunkan metabolisme tubuh yang akhirnya melambatkan pembakaran lemak. Jadi, berlapar bukanlah satu rahsia diet yang berkesan.
2. Tidak mengambil sarapan pagi.
Ramai yang sengaja tidak mengambilnya, tidak sempat mengambilnya atau tidak biasa mengambilnya. Kononnya inilah rahsia diet yang paling hebat. Walau apa saja alasannya, ramai daripada kita elak mengambil sarapan pagi. Sarapan adalah waktu makan paling penting untuk tubuh. setelah tidur malam 8 jam tanpa mengisi nutrisi, tubuh sangat memerlukan nutrisi yang boleh diperolehi ketikan makan sarapan pagi. Ia mengembalikan tenaga untuk tubuh badan.
3. Tidak makan malam.
Memang ketika tidur, kita tidak memerlukan kalori dalam jumlah yang banyak, apatah lagi karbohidrat dalam kadar yang tinggi.
Tetapi kita memerlukan banyak protein kerana ketika tidur, hormon pertumbuhan akan digunakan untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak. oleh itu, pastikan pengambila protein yang mencukupi. Ambillah protein kira-kira 2 hingga 3 jam sebelum tidur dan karbohidrat 4 jam sebelum tidur. Disarankan minum susu atau air kosong sebelum tidur untuk penyerapan protein lebih lambat.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Templates